PART 1
Dia insan pertama yang buat aku kenal erti percintaan.Hidup ku penuh erti dan penuh dengan kasih sayang yang mencurah-curah.Bahagiakah itu???? Yaa..memang aku sangat2 bahagia, kadang2 kawan2 aku sangat mencemburui hubungan aku dgn dia tapi Alhamdulillah cemburu mereka bukan kerana apa cuma kadang2 mereka tidak dapat rasa apa yang aku rasa dalam percintaan.
Pendahuluan....
17thn dengan rutin harian yang biasa,selepas berhepas pulas dalam pertarungan yang akan menentukan masa depan aku,aku kini bebas. 3bln akhirnya apa yang ditungu2 kini terhidang di depan mata, tiada tangisan yang mengiringi tiada sendu2 yang menyelinapi hanya kegembiraan yang dirasai. hahahahaha....
kini kehidupan baru bermula...
4 jun 2006 kisah kami bermula.1 minggu orentasi macam 1 tahun penyiksaan hidup lebih dari penjara (bia xpernah msk pnjra pn). Terpikir kata ma aku yang pada mulanya tidak merelakan pemergian aku disitu dia cakap " xpyh pergi la Ngah jauh sangat tu, pergi yg dekat je kt Kelantan ramai sedare kita kt nu." Betapa degilnya aku, aku berkeras untuk pergi juga bagi aku ini adalah satu pengalaman yang baru, cabaran dalam hidup aku." Ya Allah kau ampunkanlah hambaMu yang tidak mendergar kata ibunya ini sesunguhnya hambaMu ini tahu bahawasanya syurga itu ditelapak kaki ibu." Tuhan Maha mengetahui segalanya semua kedegilan aku ada sesuatu disebaliknya. Seorang lelaki telah hadir mengisi kekosongan hati aku yang waktu itu telah dikosongkan oleh seorang lelaki yang bergelar "First Beloved". Namanya agak melucukan bagi aku pada mulanya tapi sebenarnya namanya sangat indah seindah peribadi tuannya.
Mula-mula.....
Hari pertama aku berada dalam bilik kuliah semua senior2 amat mengerikan bg aku, tkt dibuli tapi sangkaan aku adalah imaginasi semata-mata.Disuruh perkenalkan diri seorg demi seorg dan tiba giliran aku "Nama saya Asmida asal Terengganu. Terima kasih" (hahahaha memang lawak la skimaa tu....) habis semua perkenalkan diri semua duduk bersembang sesama sendiri dan aku seorg yang pemalu waktu itu hanya duduk diam je. Tiba-tiba terdengar satu suara agak garau " Mida..usop kirim salam dia nk bekenalan" aku
terus berpaling ke arah suara tersebut dan tanpa melihat tuan empunya nama tersebut dalam hatiku berdetik
" eee xleh bla nama usop, cm org tua"...
Itulah detik perkenalan aku dgn dia untuk pertama kalinya. Hanya nama yang disebut2 tanpa melihat raut wajah....
No comments:
Post a Comment